Ahad, Februari 26, 2006

NewsLetter dari Irfan










Oleh: Irfan Khairi
====================================================
http://www.rahsiainternet.com
====================================================

Salam sejahtera Ijam Hensem,

Bertemu kembali kita di NewsLetter RahsiaInternet. Pesanan ringkas,
NewsLetter RahsiaInternet bukan sahaja menceritakan perihal
perniagaan di Interent (Edisi Perniagaan Internet). Saya harap
Newsletter ini turut menjadi media pembangunan diri dan inspirasi
kepada pembaca dengan rencana-rencana pembangunan diri yang
disertakan (Edisi Pembangunan Diri). Edisi Perniagaan Internet dan
Edisi Pembangunan diri akan diselang-selikan setiap 2 minggu.

Ijam Hensem, semalam merupakan hari yang amat menarik buat saya.
Saya dijemput sebagai tetamu undangan di rancangan TV baru
(talk-show) yang dikendalikan oleh Chef Wan (bukan rancangan
memasak!) di NTV7 yang dipanggil "Usik-Usik bersama Chef Wan".
Tajuk yang diperbincangkan adalah "Kejayaan Anak Melayu".

Tiga tetamu yang dijemput selain diri saya termasuk, Penyanyi #1
Malaysia, Siti Nurhaliza serta pengasas perniagaan barangan
kosmetik dan kesihatan De'Nevechee. Kejayaan yang dicapai oleh
dua wanita ini amat cemerlang dan membanggakan!

Amat berterima kasih dan berbesar hati kepada pihak penganjur yang
menemukan saya dan dapat bertukar fikiran bersama 3 insan berjaya
(termasuk Chef Wan) yang AMAT ISTEMEWA. Walaupun mereka adalah
jutawan yang berjaya dan ternama, ketiga-tiga masih saling
menghormati, berbudi bahasa dan merendah diri. Satu inspirasi
kepada diri saya sendiri!

Daripada perbincangan, mendapati keempat-empat kami walaupun dalam
industri berbeza; Hiburan, Masakan, Keusahawanan serta saya sendiri
Perniagaan Internet, namun tetap mempunyai satu persamaan.

Persamaan tersebut adalah, kami bermula dari bawah- iaitu bermula
dari "zero". Siti Nurhaliza menceritakan betapa pada zaman mudanya
beliau menjual kuih-kuih untuk mendapat pendapatan sampingan. Chef
Wan juga turut menjaja karipap dan diri saya sendiri- pernah
menjadi tukang cuci sebelum memulakan perniagaan Internet.

Satu ketika dahulu, saya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci
(cleaner) di supermarket. Ketika itu saya masih belajar dan bekerja
untuk kumpul wang membeli buku serta menghadiri seminar perihal
kejayaan. Sejak remaja lagi topik kejayaan menjadi minat saya.

Satu persoalan yang sering bermain difikiran saya adalah bagaimana
sering dalam kisah kejayaan dan kekayaan, individu yang mencapai
tahap jutawan adalah mereka pada asalnya berada dalam keadaan
kemiskinan. Dari zero, menjadi hero!

Idola saya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berasal dari keadaan
yang serba kekurangan. Rumah kayunya ketika beliau membesar tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Kini, beliau menjadi usahawan
Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencapai
angka bilion!

Kisah kejayaan sebegitu memang tidak asing. Daripada keadaan serba
kekurangan, menjadi kisah kejayaan. Jika kisah sebegini hanya
terjadi pada seorang atau dua individu, kita boleh katakan ianya
nasib. Sekiranya kisah sebegini terjadi pada berpuluh-puluh atau
beratus individu, kita boleh katakan ianya secara kebetulan sahaja.

Akan tetapi, kisah kejayaan sebegini terjadi pada berjuta-juta
manusia di dunia dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai
latar belakang. Daripada kancah kemiskinan, dengan usaha
tersendiri, menjadi bebas kewangan. Sekiranya ianya bukan lagi
kisah asing, maka, anda juga boleh melakukannya!

Sekiranya dari zero menjadi hero boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja, persoalannya, mengapa masih ramai lagi yang mengalami
masalah kewangan? Terdapat 3 sebab utama mengapa masalah kewangan
masih lagi melanda segenap masyarakat.

Pertama sekali, adalah mereka tidak mengambil keputusan untuk
menjadi bebas kewangan.

Ya, sudah tentu, semua orang mengharapkan kekayaan serta mendoakan
kekayaan. Namun, mereka tidak mengambil keputusan yang jitu untuk
berusaha dan mencapai kejayaan kewangan.

Kedua, walaupun ada yang mengambil keputusan untuk mencapai bebas
kewangan, mereka menangguh-nangguhkan langkah untuk mencapai
kekayaan sehingga ianya terlewat. Setiap penangguhan tersebut
disambut dengan pelbagai alasan. Kata pakar motivasi Dato' Dr.
Fadzilah Kamsah: "Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Sebab ketiga mengapa masalah kewangan masih melanda adalah sikap
takut akan kegagalan. Oleh sebab takut gagal, seseorang itu tidak
meletakkan usaha yang lebih untuk mencapai sesuatu. Akibat takut
kepada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Dikatakan bahawa, musuh utama mencapai kejayaan adalah takut kepada
kegagalan - dan bukannya kegagalan sendiri! Kegagalan akan mengajar
kita cara untuk berjaya. Tetapi takut kepada kegagalan akan
menghalang kita dari mengambil langkah pertama.


====================================================

Kunci Kekayaan - Dari zero menjadi hero!

====================================================

Jumaat, Februari 24, 2006

Sekali aku teringat laa


Aku lahir dalam tahun 1981. So aku nak kongsi pengalaman aku dari aku lahir sampai la sekarang ni.Tanda-tanda ko dan aku bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton polis angkasa Gaban,kesatria baja hitam, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, ultraman taro, gaiya, keluarga ultraman, dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...-program gosok gigi secara berjemaah pakai ubat gigi colgate. Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.masing-masing ader kad dental record kale hijau. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Itu tak kita misi datang inject kt sekolah. BCG la tetanis la aper la. Aku siap kena tipu ngan kawan aku yg kata doktor inject pakai laser. cheh...

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 20 sen jek beb...pastu naik 30sen 40sen dan 50sen. Aku pernah cikgu suruh jaja susu ni satu sekolah. Duit short 20 sen plak tu.

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.pukul tapak tangan...kan?

semangkuk nasi lemak, mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.Air srap 10 sen

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo, North Star atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stokingtebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. aku salah sorang darinya he he he

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...bosan2 cikgui suruh angkut tanah untuk tambak lopak2 kt padang - kerahan tenaga yang murah, sekolah takyah upah buruh indon dah

permainan kegemaran,layang2, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.Diorg hanya tahu hanya america jer super power kt dunia ni.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.diorang tak tahu ader floppy yang lagi besar dari disket.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Budak2 skrg dah tak main guli, layang2, galah panjang etc. Diorg hanya tahu play station dan X-box

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' 'Akantare' 'Summersolve Berpusing'dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan? Alhamdulillah tuhan masih panjangkn usia kita untuk kita kenang semua ini

Cheers to the 80s babies!!!

Khamis, Februari 23, 2006

Bermulanya sebuah kisah yang agak klasik

Shahizam namanya..... orgnya tak berapa hensem. Cuma berharap dapat berkomgsi cerita dan pengalaman dalam mengharungi perjalanan untuk menjadi usahawan. Bukan sebarang usahawan, tetapi usahawan yang betul2 mukmin dimana agama dijunjung sementara dunia dikendong. Agar dengan izin Allah antara duanya tiada yang keciciran...