Khamis, Jun 07, 2007

Kejayaan Yap Dalam Perladangan Tenusu

KENINGAU, 6 Jun (Bernama) -- Sesiapa yang berkunjung ke ladang ternakan dan tenusu kepunyaan Yap Yun Fook di Keningau akan pada mulanya agak kecewa bila mereka tidak dapat melihat apa-apa aktiviti penternakan di situ.

Mereka akan hanya melihat sebuah banglo yang tersergam indah dan besar milik Yap.

Hanya selepas melewati banglo ini, barulah para pelawat akan menjumpai tanda-tanda aktiviti penternakan dan tenusu seperti sebuah rumah penyembelihan serta sebuah kemudahan memproses makanan ternakan.

Ladang ternak serta tenusu yang seluas 40 hektar itu terletak di Kampung Ansip Lama, sejauh 15 km dari sini. Ia merupakan antara ladang seumpama itu yang terbesar di negara ini.

Ketika ini, ladang ternakan kepunyaan Yap mempunyai 1,600 ekor lembu dan dapat mengeluarkan sehingga satu juta liter susu lembu setahun atau 11 peratus daripada pengeluaran susu lembu segar Sabah.

Peladang jutawan ini juga mempunyai 600 ekor rusa serta 200 ekor burung unta yang diternak di sebuah ladang yang lain yang turut juga didiami ibu bapa beliau.

LADANG TERNAKAN EVERGREEN

Kejayaan Yap dalam industri ternakan dan tenusu bukan hanya diketahui di Sabah, malah di seluruh negara di mana beliau telah menerima penghargaan dalam bentuk Anugerah Cemerlang Pembangunan Industri Ternak Malaysia.

Ladang beliau, dikenali sebagai Ladang Ternakan Evergreen, juga telah menerima penghargaan industri tersebut dalam bidang ternakan lembu tenusu. Kini ladang itu memberi latihan praktikal kepada mahasiswa dari universiti tempatan.

Meskipun bersikap sederhana dan tidak suka membanggakan dirinya, Yap turut mengakui yang beliau merancang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran dunia.

Yap, yang fasih dalam bahasa Melayu, telah membawa penulis ini mengunjungi projek kesayangan beliau yang bernilai jutaan ringgit. Tapak projek ini terletak di atas puncak bukit yang indah dan mempunyai keluasan 110 hektar.

Antara yang dibina untuk projek ini ialah sebuah bangunan bertaraf antarabangsa untuk pemprosesan dan penyimpanan makanan ternakan serta sebaris rumah teres yang dikhaskan sebagai penginapan untuk pekerja beliau.

Pembinaan bangunan serta rumah-rumah tersebut sudah hampir siap.Mengikut Yap, tapak projek itu hanya terletak enam km dari banglo miliknya dan juga akan mempunyai 10 kemudahan untuk ternakan lembu serta pemerahan susu lembu.

SUSU LEMBU SEGAR

Bila kemudahan-kemudahan tersebut dapat beroperasi dengan sepenuhnya, ladang ini dijangka dapat mengeluarkan 600,000 liter susu segar sebulan, 60 peratus daripada pengeluaran susu segar Sabah, kata Yap."Ini merupakan pelaburan saya yang terbesar, dan harapan saya ianya juga akan menjadi satu sumbangan yang bermakna untuk mengembangkan lagi industri perladangan ternakan dan tenusu negara".

Begitulah kata-kata Yap, 43, yang turut melibatkan diri dalam perladangan kelapa sawit dan pokok buah-buahan serta penanaman padi.

Yap juga begitu ghairah bila menceritakan bagaimana mulanya penglibatan beliau dalam bidang ternakan. Minatnya muncul ketika beliau masih di alam kanak-kanak."Ibu bapa saya orang miskin. Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpaksa berenang merentasi Sungai Pegalan untuk ke sekolah kerana perkhidmatan feri terletak jauh dari rumah.

"Kadangkala saya menaiki basikal, tapi pada kebanyakan masanya saya hanya mampu untuk berjalan kaki ke sekolah.Untuk mendapatkan wang saku, beliau mengambil upah mencari lembu kerbau kepunyaan penduduk kampung yang telah merayau ke sana-sini, cerita Yap.

Lama kelamaan beliau menjadi "pakar" menangkap lembu atau kerbau yang hidup meliar tanpa tuan, tambah Yap.Yap, yang dilahirkan di Kampung Ansip, juga menceritakan minat beliau yang suka menangkap ikan di sungai dengan cara memanah.

"Satu hari saya hampir lemas kerana saya telah pergi sampai ke tengah sungai dan saya tidak dapat berenang ke tepian kerana sungai itu dipenuhi oleh batang-batang kayu yang tumbang dan hanyut serta kayu-kayu mati.

TEMAN SEMASA KANAK-KANAK

Seorang teman semasa peringkat kanak-kanak, Shawal Ghani, berkata beliau memang kenal dengan keluarga Yap."Yap kadang-kadang tidur di rumah saya. Beliau merupakan seorang yang amat rajin. Bukan sahaja menoreh getah, beliau juga turut menggiling susu getah sambil memelihara ayam serta itik," kata Syawal.

Menurut Yap, penglibatan beliau dalam industri tenusu bermula pada 1982 bila beliau membuka ladang ternakan seluas dua ekar di Ansip Baru, Keningau dengan sokongan Jabatan Veterinar dan Ternakan Negeri yang membekalkan beliau dua ekor lembu.

"Saya membersihkan semak-samun di tanah itu, bina pondok-pondok dan tanam rumput untuk makanan ternakan. Setelah 10 tahun, ladang tenusu saya telah mengeluarkan 400 liter susu lembu sehari," kata Yap.

Yap turut menceritakan satu insiden pada 1987 yang hampir memusnahkan perniagaan beliau bila 100 ekor lembu ternakan beliau mati dengan secara misteri.Lembu-lembu itu dipercayai telah diracun, kata beliau."Saya terpaksa mulakan kembali ladang itu dengan apa yang tinggal. Saya tak mahu menyerah kalah (disebabkan kejadian tersebut) tetapi dalam hati saya, saya percaya Tuhan mengetahui segalanya," kata Yap.

Yap juga mahu berkongsi pengalaman beliau dalam industri ternak dan tenusu dengan orang
lain.

JEMPUTAN

"Saya terima banyak jemputan untuk menceritakan pengalaman saya dalam industri ini. Ada juga yang membuat panggilan telefon bertanyakan bagaimana nak mulakan perniagaan ini," kata beliau.

Kata Yap, langkah beliau selanjutnya ialah untuk menceburi pasaran global sambil membantu menempa nama Malaysia dalam industri tenusu dunia.

"Saya rasa ada perlunya sokongan untuk syarikat-syarikat besar menceburi bidang ternak dan tenusu. Saya harap kerajaan dapat menimbangkan insentif-insentif seperti memberi harga yang lebih menarik untuk produk-produk tenusu tempatan".Sabah merupakan pengeluar utama susu segar tempatan dengan pengeluaran mencecah 7.8 liter juta setahun.

Jumaat, April 27, 2007

Perbezaan Perniagaan Internet dan Pelaburan Internet

Sejak kebelakangan ini, isu pelaburan Internet telah menjadi perbualan hangat sehingga mendapat tumpuan kerajaan. Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara PELABURAN Internet dan PERNIAGAAN Internet.
Pelaburan Internet mendapat bantahan dari ramai pihak oleh kerana terdapat unsur-unsur skim cepat kaya yang boleh menganiaya pihak yang terbabit. Pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan hebat dalam jangka masa yang pendek telah banyak merugikan pihak-pihak tertentu.
Nasihat saya adalah untuk anda bijak dalam melaburkan wang anda.Sebaiknya, sekiranya anda ingin melaburkan wang anda, terdapat berbagai kaedah yang lebih selamat dan terjamin seperti IslamicFunds, Takaful, ASB dan banyak lagi. (Seorang penasihat kewangan bukan melayu pernah berkata sebegini: "Kalau saya bumiputera, pasti saya akan penuhkan akaun ASB saya. Selepas itu baru saya akan fikir untuk meletakkan duit saya dalam pelaburan lain!")
Swisscash umpamanya adalah salah satu skim PELABURAN INTERNET yang meragukan. walaupun swisscash tak pernah miss bayar faedah kepada pelaburnya, tapi swisscash tak pernah keluarkan apa2 prospektus pelaburannya, dimana duit yang kita labur akan disimpan dan bagaimana swisscash membuat keuntungan. Satu lagi pelabur akan hanya menikmati bunganya sahaja, duit pokok anda takkan dipulangkan. Dapat hujung pangkal lesap!. Lagi best swisscash takde exit-point kalau anda tetiba nak keluar.
Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. Perlu diingat, sekiranya anda tertipu dengan skim-skim pelaburanyang menyeleweng di Internet, bukan sekadar wang anda sahaja yangakan hilang, malah, segala usaha dan masa anda untuk memperolehiwang tersebut juga akan turut terbazir.
Berikut adalah keratan dari Utusan Malaysia mengenai pelaburanInternet: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Ahad, November 12, 2006

Adab-adab yg mudah tapi berkesan!

Tips dari Dr.Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
============ ========= =

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesaimakan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liurada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukanpertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhansaja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (oranak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm ,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around thishour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of ourwish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara di bilik air
============ =========

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak
]============ ======

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active,kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warnaini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja& exuberant.

Tatacara didik diri sendiri
============ ========= ======

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Semoga bermenfaat!

Rabu, Oktober 25, 2006

Salam Aidilfitri

Salam Sejahtera

Begitu lama saya tidak menulis di blog ini. Namun pada hari-hari ini saya berjanji dengan diri saya untuk meng"imarah"kan semula blog ini dengan artikel nukilan saya sendiri. Jika sebelum ini kebanyakkan artikel saya copy-edit -paste tapi kali ini saya cuba lontarkan hasil buah fikiran saya sendiri.

Mungkin tak ramai yang mengunjungi blog saya (mmg takde pun!) saya akan cuba jadikanya tempat saya menyimpan catatan perjalanan saya sepanjang memikul tanggungjawab bergelar usahawan islam-melayu. Ditengah-tengah gelora dunia bisnes ini saya harap ada sesuatu yang dapat saya sumbangkan kepada minda pembaca blog ini.

Di raya kedua ini saya ambil juga peuang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaaf Zahir Batin pada mereka yang saya kenali ataupun tidak. Harapnya anda beraya dengan meriah. Saya akan ke Penang hari ini dan doanya agar kami sekeluarga dapat tiba dengan selamat.

Sekali lagi salam lebaran dari Shahizam...

Sabtu, Oktober 14, 2006

Never translate IT terms to the Malay Language

Why Dr. Mahathir insists on using English for math and science?

Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below.

hardware = barangkeras
software = baranglembut
joystick = batang gembira
plug and play = cucuk dan mainport = lubang
server = pelayan
client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH : "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

BAHASA :"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Now You Know.... How terrible is it

Toilet Sign Yang Anda Ingin Jumpa


Sebuah pasaraya di Jepun menggunakan simbol ini untuk pintu tandas mereka.

Jumaat, April 14, 2006

Gurindam Shahizam

Apabila banyak berkata-kata,
Di situ jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.

Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.

Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perompak yang amat gagah.

Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya umpama ketur.

Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang yang lain berperi.

Apabila banyak berlebuh-lebih suka,
Itulah tanda hampirkan duka.

Barang siapa khianat dirinya,
Apa lagi kepada yang lainnya.

Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan kau percaya.

Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.

Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.

Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.

Raja muafakat dengan menteri,

Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.