Sejak kebelakangan ini, isu pelaburan Internet telah menjadi perbualan hangat sehingga mendapat tumpuan kerajaan. Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara PELABURAN Internet dan PERNIAGAAN Internet.
Pelaburan Internet mendapat bantahan dari ramai pihak oleh kerana terdapat unsur-unsur skim cepat kaya yang boleh menganiaya pihak yang terbabit. Pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan hebat dalam jangka masa yang pendek telah banyak merugikan pihak-pihak tertentu.
Nasihat saya adalah untuk anda bijak dalam melaburkan wang anda.Sebaiknya, sekiranya anda ingin melaburkan wang anda, terdapat berbagai kaedah yang lebih selamat dan terjamin seperti IslamicFunds, Takaful, ASB dan banyak lagi. (Seorang penasihat kewangan bukan melayu pernah berkata sebegini: "Kalau saya bumiputera, pasti saya akan penuhkan akaun ASB saya. Selepas itu baru saya akan fikir untuk meletakkan duit saya dalam pelaburan lain!")
Swisscash umpamanya adalah salah satu skim PELABURAN INTERNET yang meragukan. walaupun swisscash tak pernah miss bayar faedah kepada pelaburnya, tapi swisscash tak pernah keluarkan apa2 prospektus pelaburannya, dimana duit yang kita labur akan disimpan dan bagaimana swisscash membuat keuntungan. Satu lagi pelabur akan hanya menikmati bunganya sahaja, duit pokok anda takkan dipulangkan. Dapat hujung pangkal lesap!. Lagi best swisscash takde exit-point kalau anda tetiba nak keluar.
Hubungi institusi kewangan anda untuk maklumat yang mendalam mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan. Perlu diingat, sekiranya anda tertipu dengan skim-skim pelaburanyang menyeleweng di Internet, bukan sekadar wang anda sahaja yangakan hilang, malah, segala usaha dan masa anda untuk memperolehiwang tersebut juga akan turut terbazir.
Berikut adalah keratan dari Utusan Malaysia mengenai pelaburanInternet: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan