Selasa, Mac 14, 2006

Bersyukur

Pernahkah tuan2 berhadapan situasi ini. Anda menerima hasil dari usaha anda, contohnya anda menguruskan urusniaga dan anda untung RM1000 dan apabila anda beritahu rakan, yang anda ingin mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, argument yang anda diterima adalah "cukuplah tu, tak reti bersyukur ke? " atau "nak lebih-lebih buat aper? nak bawa ke kubur?".

Seperti anda saya juga biasa dengan situasi yang tidak memberi motivasi sebegini. Komen yang anda terima pula datang dari teman anda atau orang anda percaya. Dalam hal ini bersyukur tidak pernah menghalang kita untuk mendapatkan rezki tuhan dengan lebih banyak. Cuma situasi sebegini berlaku ia boleh melemahkan semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih kuat.

Pada pendapat saya bersyukur adaah berkadaran langsung dengan apa yang kita dapat. Tidak perlu saya jelaskan lebih lanjut tentang bagaimana untuk bersyukur. Yang paling mudah adalah bersedekah atau menderma. Bagaimana dengaan teori ini: "Rezeki yang banyak membolehkan kita bersyukur dengan cara yang lebih baik!"

Contohnya jika anda untung RM10 bersyukulah cara RM10. Dan jika anda untung RM100 maka anda bersyukurlah dengan cara RM100. Kuantiti untuk menderma bergantung kepada kemampuan dan kemahuan anda. Biarlah sedikit dari tidak buat langsung. Yang penting rezki kita diberkati dan diperbersihkan. Bila diberkati hidup pasti menjadi lebih tenteram dan rezki anda akan bertambah. Ini kerana Tuhan tahu anda menguruskan rezeki anda dengan betul iaitu bersedekah. Selain anda, rezeki anda juga menfaatkan orang lain.

Tiada ulasan: