Ahad, November 12, 2006

Adab-adab yg mudah tapi berkesan!

Tips dari Dr.Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
============ ========= =

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesaimakan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liurada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukanpertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhansaja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (oranak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm ,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around thishour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of ourwish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara di bilik air
============ =========

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak
]============ ======

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active,kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warnaini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja& exuberant.

Tatacara didik diri sendiri
============ ========= ======

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Semoga bermenfaat!

Rabu, Oktober 25, 2006

Salam Aidilfitri

Salam Sejahtera

Begitu lama saya tidak menulis di blog ini. Namun pada hari-hari ini saya berjanji dengan diri saya untuk meng"imarah"kan semula blog ini dengan artikel nukilan saya sendiri. Jika sebelum ini kebanyakkan artikel saya copy-edit -paste tapi kali ini saya cuba lontarkan hasil buah fikiran saya sendiri.

Mungkin tak ramai yang mengunjungi blog saya (mmg takde pun!) saya akan cuba jadikanya tempat saya menyimpan catatan perjalanan saya sepanjang memikul tanggungjawab bergelar usahawan islam-melayu. Ditengah-tengah gelora dunia bisnes ini saya harap ada sesuatu yang dapat saya sumbangkan kepada minda pembaca blog ini.

Di raya kedua ini saya ambil juga peuang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaaf Zahir Batin pada mereka yang saya kenali ataupun tidak. Harapnya anda beraya dengan meriah. Saya akan ke Penang hari ini dan doanya agar kami sekeluarga dapat tiba dengan selamat.

Sekali lagi salam lebaran dari Shahizam...

Sabtu, Oktober 14, 2006

Never translate IT terms to the Malay Language

Why Dr. Mahathir insists on using English for math and science?

Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below.

hardware = barangkeras
software = baranglembut
joystick = batang gembira
plug and play = cucuk dan mainport = lubang
server = pelayan
client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH : "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

BAHASA :"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Now You Know.... How terrible is it

Toilet Sign Yang Anda Ingin Jumpa


Sebuah pasaraya di Jepun menggunakan simbol ini untuk pintu tandas mereka.

Jumaat, April 14, 2006

Gurindam Shahizam

Apabila banyak berkata-kata,
Di situ jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.

Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.

Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perompak yang amat gagah.

Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya umpama ketur.

Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang yang lain berperi.

Apabila banyak berlebuh-lebih suka,
Itulah tanda hampirkan duka.

Barang siapa khianat dirinya,
Apa lagi kepada yang lainnya.

Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan kau percaya.

Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.

Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.

Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.

Raja muafakat dengan menteri,

Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

Jumaat, Mac 24, 2006

Songkok Pesok Dek Lonjak Awak

Oleh: Ibnu Yusof
p/s: Terima kasih kepada Ibnu Yusof atas kesudian beliau keluar makan dengan team energetic point di Anjung Warisan, Johor. Juga atas nasihat yang diberikan :)
Anda mungkin baru berjumpa perkataan di atas buat pertama kali. Ia adalah peribahasa Melayu yang membawa maksud segala akibat buruk yang berlaku pada diri adalah berpunca dari perbuatan diri sendiri juga. Ini ada kaitan rapat dengan perangai segelintir usahawan dan usahawan profesional ketika banyak wang dan ada pengaruh.
Saya lihat ada diantara usahawan kita yang lupa diri dan 'melonjak tinggi' dari segi kata dan perbuatan tapi kini saya dapati mereka ini 'sudah terpesok songkoknya'. Apakah sebabnya hal seperti ini berlaku? Saya fikir ini berpunca dari kurangnya penghayatan terhadap Islam dan terlalu menurut nafsu. Contohnya ada isteri yang baik atau ada suami yang baik tetapi masih berkelakuan curang dan yang paling menyedihkan ialah orang-orang ini baik lelaki ataupun wanita seolah-olah bangga dengan maksiat yang dilakukannya. Na'uzubillah. Apa sudah jadi?
Ingatlah, sedikit harta dunia yang ada pada anda itu bukanlah 'lesen' untuk anda berbuat maksiat sewenang-wenangnya. Bila Allah menghendaki, Dia akan cabut kesenangan anda dalam sekelip mata saja hinggakan tidak ada kawan atau sahabat yang dapat menolong walaupun mereka kasihan dan ingin menolong. Insaflah. Kembalilah kepada apa yang disuruhNya dan jauhilah apa yang dilarangNya. Itulah kuncinya.
Satu lagi nasihat saya, jika anda berada di atas atau masih punya kuasa dan pengaruh, jangan 'lupa diri' dan berlagak sombong. Mana tahu, kedudukan itu anda dapat hanya sebentar saja. Bila anda sudah jatuh, anda mungkin merasa oranglain 'memijak' anda. Tapi sebenarnya oranglain 'ok' dan cuba membantu setakat termampu, yang 'tidak ok' adalah anda. Semuanya berpunca dari perbuatan anda juga. Songkok pesok dek lonjak awak.
Satu perkara lagi, jika anda dalam kesusahan, sebaik-baiknya janganlah heret kawan-kawan anda menjadi susah pula kerana rungutan anda dan kemarahan anda. Tiada gunanya anda marah pada semua orang kerana kesalahan sebenar berpunca dari diri anda. Andalah yang perlu baiki perangai anda, bukan kawan-kawan anda. Bila anda baiki perangai anda, dunia anda akan jadi 'ok'. Jika anda tahu erti 'teman setia', anda tentu tidak akan mengambil kesempatan dari kawan-kawan anda.
Sebab itulah Islam menyeru umatnya agar muhasabah setiap hari, jangan sampai bertahun-tahun masih tidak sedar bahawa diri sendiri sudah menyimpang jauh. Jangan sampai tidak boleh ditegur kerana menyangka diri sendiri sudah 'sempurna'. Ingat itu, saya sayang anda, sayang sesama Muslim.
Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri juga, kalau saya tersalah langkah atau terlupa, ingatkanlah saya dan nasihatkanlah saya.

What is an Entrepreneur?


The Evolution of the Professional Entrepreneur

Tom Richman in "Creators of the New Economy" hypothesizes that what has really occurred is that entrepreneurism has changed dramatically from amateurism to what he terms the professional entrepreneur.

What he is seeing is an evolution in entrepreneurism, not only because motivation from downsizing is putting more talented people out of work, but also because of the opportunities available from globalization and the virtual marketplace. Many very skilled people are joining the entrepreneurial ranks, raising the level of business knowledge and skill.He distinguishes the following differences between the two:


Amateur Entrepreneur

Local
Snap Decisions
Heart
Lone Ranger
Knockoffs
Idea
Knows the Trade
Secretive
Novice
Self-reliant
Pro-phobe (dislikes professionals)
Start-up
Organizationally Orthodox
Trade Association Member
Self-sufficient
Think Small
Small-business Founder
Seat-of-the-pants
Boss
Male
Supportive Spouse at Home
Automation
Intuition
Research Backwater
Price Takers
Personal Financial Plan is the Business
Art
Equity Control
Company

Professional Entrepreneur

Global
Consensus
Market
Networker
Innovations
Execution
Knows the Business
Open
Veteran
Inquisitive
Pro-phile
Start-up or Whatever
Organizationally Innovative
Web Surfer
Virtual
Think Big
Entrepreneur
Business Plan
Leader
Mixed
Spouse Runs Own Business
Innovation
Education
Research Mainstream
Value Makers
Business is Part of Personal Finance Plan
Science
Performance Control
Career


The clear conclusion from all this is that entrepreneurism is a dynamic, developing part of the economy at this time in history. Entrepreneurism itself is emerging and maturing. What it will be as a mature contributor to the economy is yet to be determined, but certainly innovation, knowledge and globalization are important factors.

To quote Tom O'Malia from his introduction to the book,Been There, Done That, "Entrepreneurs are about loving their journey, not their destination." For me, this sums up the excitement and fun of being an entrepreneur. And that is why it is not synonymous with being a small businessperson. The entrepreneurial mind set can operate in all sizes and types of businesses.

Does this fit with who you are? Then you have found the right place. That is what we are here for: to share, to encourage, to learn, to achieve our goals. I look forward to meeting you and learning about your hopes and dreams as an entrepreneur

Jumaat, Mac 17, 2006

For Fuel Cost Spikes, There's Nothing Like a Plan


By Kathie Dickenson

When fuel prices go up, so does the price of almost everything else. It costs more to transport merchandise to stores, more to heat homes and public spaces, even more to deliver the mail. In short, rising energy prices bring on general inflation, says Radford University finance professor Clarence Rose. The individual impact varies widely depending on factors such as the distance of your daily commute, what kind of car you drive, how you heat your home and, high on the list, how well you have planned for financial stress.





For many individuals and families, rising energy prices as a result of the Gulf Coast hurricanes were the economic crisis of the year for 2005, says Rose, but it could be something else next year. The potential for financial crisis, whether created at the national or personal level, is always present. With the inflation rate hovering at around five percent and the possibility of energy costs skyrocketing, says Rose, people must err on the side of caution in their financial decision making. That doesn’t mean hiding money in a mattress. It means building a solid financial foundation and an intelligent investment portfolio. Rose explains the basic steps.

Build a solid financial foundation.

Live within your means — an old saying that still holds wisdom. Create a budget based on your income and stick with it. Avoid high-interest debt such as credit card purchases and don’t be tempted by expensive, potentially disastrous bailouts, such as cash-till-payday loans.

Create an emergency fund. Set aside money to be easily accessible in case of a personal crisis, such as a job loss, an illness or an unexpected major expense. During your working years, aim at enough money to sustain you for at least four to six months. If you’re retired, plan on enough for at least six months to a year. “Every individual and family experiences financial emergencies over time,” says Rose. “Not being prepared magnifies the problems.” He says money set aside for an emergency fund should be placed in short-term investments such as certificates of deposit, money market accounts or U.S. Savings bonds so that they earn more interest than a basic savings account but can be liquidated quickly.

Carry appropriate insurance coverage. Protect yourself and your family with insurance for health care expenses and for replacement of your income in case of disability or death. Insure your home, automobile and other assets, and purchase liability protection.

Invest for the Future

You’re in charge of your finances. At one time, says Rose, people could count on their employer to plan and provide for their retirement. Not so now, he says. What happened to the retirees and employees of Enron is a sad example of dependence on employers, he says, and “nobody wants to be 65 and totally dependent on Social Security. Individuals must take responsibility for their own finances.” Young workers should start saving and investing as soon as possible and older workers who haven’t started should start now.

Take advantage of tax-sheltered and tax-deferred investment opportunities. Tax-sheltered opportunities include 401(k) plans, 403 (b) plans, profit sharing plans, traditional IRAs and Section 529 education saving plans. The Roth IRA is a tax-deferred opportunity. Rose says employees should take advantage of these opportunities to the fullest extent possible, but any amount invested is better than nothing and will be valuable when needed.

Build an aggressive, intelligent stock portfolio. For most people, the best way to invest to create wealth is through mutual funds rather than buying individual stocks, says Rose, and the best performing mutual funds are usually indexed to the stock market. Choose a fund carefully, he says. Of approximately 17,500 mutual funds, 80 percent perform lower than the stock market’s average performance, but indexed funds are designed to closely match the market. Indexed funds charge an average fee of approximately 0.3 percent, whereas the average mutual fund charges 1.42 percent. “A one percent difference in your average annual return makes a big difference in the value of your investments over time,” says Rose.

Stay in it for the long term. Wise investment in the stock market is not about quick turn-arounds or get-rich-quick tips. It is about regular investing and holding on to investments for the long term. “The stock market will bounce up and down in the short run, but create the greatest wealth in the long run,” says Rose. Holding on to stocks for a minimum of 10-15 years should give you a good return on your investment despite slow periods.

Invest with confidence. Since 1926, says Rose, the average rate of return on stocks has been 10.4 percent. “You must include stocks in your investment portfolio when trying to create wealth,” he says. “It’s the best game in town.”

Buying a home is still a good investment. Rose reminds us that even as interest rates rise, being a homeowner offers numerous financial advantages. Year-of-purchase tax deductions, qualified residence interest deductions, property tax deductions, home equity interest deductions, the availability of funds through home equity lines, and home resale value are among the many reasons home buying remains a good investment idea.


Edisi Pembangunan Diri
Kunci Kekayaan - Dari zero menjadi hero!
BAHAGIAN II

Oleh: Irfan Khairi

Salam sejahtera Ijam Hensem,
Bertemu kembali kita di NewsLetter Rahsia Internet edisi Pembangunan diri.
Sambungan daripada rencana minggu lepas, temubual bersama Chef Wandan Siti Nurhaliza...
Sekiranya anda terlepas, sila ikutinya di:
http://www.rahsiainternet.com/artikel/mac-sitichefwan.htm

...Salah satu soalan temubual yang di ajukan oleh Chef Wan kepadasaya, Siti dan pengasas De'Nevechee adalah:
"Apakah erti kejayaan?"

Seperti yang saya jangka, Chef Wan bertanyakan saya dahulu. Ini kerana, ketika di backstage, beliau mengusik saya oleh kerana keterampilan saya yang agak simple.
Jawapan saya adalah, "Kejayaan adalah keadaan di mana kita merasakan gembira... being happy!" Pada mulanya, jawapan itu disambut dengan tanda soal oleh Chef Wan, tetamu dan penonton.Kemudian saya memperjelaskan lagi.

Ijam Hensem, bagi saya, kejayaan adalah keadaan kita berasa gembira di hati. Being happy. Oleh kerana, kejayaan adalah amat subjektif. Tidak semestinya kejayaan diukur dengan wang ringgit. Atau pencapaian material seseorang itu.

Jika seseorang itu kaya raya, mempunyai rumah, kereta dan pekerjaan yang hebat, adakah dia berjaya? Kebiasaannya masyarakat akan mengukur kejayaan mengikut pencapaian material. Ya, boleh dikatakan kebanyakkannya adalah berjaya.

Tetapi, ada pula yang kaya raya, kereta mewah, rumah mewah, pekerjaan mewah, tetapi masih tidak gembira. Keadaan keluarga kucar-kacir. Keadaan jiwa tidak tenteram mungkin dengan penyelewengan perniagaan. Serta walaupun pada dasar nampak mewah-hutang masih keliling pinggang!

Maaf, bagi saya, ini bukan definasi kejayaan. Kejayaan kewangan mereka tidak membawa kegembiraan. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai pencapaian material-mungkin hafiz al-quran? tokoh-tokoh agama? Mereka yang banyak memberi kepada masyarakat walaupun diri sendiri serba kekurangan? Tiada pencapaian material... tetapi hati yang senang. Hati yang gembira dengan keadaan diri sendiri.

Maka, bagi saya, inilah erti kejayaan. Keadaan gembira di hati.Tidak kira mempunyai kejayaan kewangan, ataupun tidak, jika hati tidak senang dan tidak gembira, bagi saya anda tidak berjaya. Jadi, tak kira bagaimana keterampilan kita, selagi kita rasa gembira dihati. Kita adalah golongan yang berjaya :)

Jawapan saya disambut oleh Chef Wan dan Siti yang turut bersetuju. Kemudian, soalan yang sama ditanya kepada Siti Nurhaliza. "Apakah erti kejayaan?" Jawapan Siti adalah, berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan puas. Menghasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi. Kepuasan akan datang dari penghasilan sesuatu yang berkualiti. Itulah erti kejayaan bagi Siti. (Jawapan penuh perlu tunggu rancangan disiarkan tahun ini)

Namun begitu, jawapan Siti banyak menjawab rahsia mencapai kejayaan. Iaitu, bekerja keras! Terlalu ramai yang ingin mencapai kejayaan dengan jalan pintas, tanpa usaha yang setimpal.
Apakah rahsia di sebalik kejayaan dan kekayaan?

Semoga artikel di bawah dapat menyingkap proses yang dilalui.
Salam cemerlang, semoga berjumpa lagi bulan hadapan.
-Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet

Selasa, Mac 14, 2006

Bersyukur

Pernahkah tuan2 berhadapan situasi ini. Anda menerima hasil dari usaha anda, contohnya anda menguruskan urusniaga dan anda untung RM1000 dan apabila anda beritahu rakan, yang anda ingin mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, argument yang anda diterima adalah "cukuplah tu, tak reti bersyukur ke? " atau "nak lebih-lebih buat aper? nak bawa ke kubur?".

Seperti anda saya juga biasa dengan situasi yang tidak memberi motivasi sebegini. Komen yang anda terima pula datang dari teman anda atau orang anda percaya. Dalam hal ini bersyukur tidak pernah menghalang kita untuk mendapatkan rezki tuhan dengan lebih banyak. Cuma situasi sebegini berlaku ia boleh melemahkan semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih kuat.

Pada pendapat saya bersyukur adaah berkadaran langsung dengan apa yang kita dapat. Tidak perlu saya jelaskan lebih lanjut tentang bagaimana untuk bersyukur. Yang paling mudah adalah bersedekah atau menderma. Bagaimana dengaan teori ini: "Rezeki yang banyak membolehkan kita bersyukur dengan cara yang lebih baik!"

Contohnya jika anda untung RM10 bersyukulah cara RM10. Dan jika anda untung RM100 maka anda bersyukurlah dengan cara RM100. Kuantiti untuk menderma bergantung kepada kemampuan dan kemahuan anda. Biarlah sedikit dari tidak buat langsung. Yang penting rezki kita diberkati dan diperbersihkan. Bila diberkati hidup pasti menjadi lebih tenteram dan rezki anda akan bertambah. Ini kerana Tuhan tahu anda menguruskan rezeki anda dengan betul iaitu bersedekah. Selain anda, rezeki anda juga menfaatkan orang lain.

Khamis, Mac 09, 2006

KENALI PERIBADI TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI


Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya : RM1,425 juta
Kedudukan : Ke-7 terkaya di Malaysia / Ke-32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Syarikat miliknya : MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kenderaan : Proton Perdana

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


Pemikiran Syed Mokhtar
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. (ayat ni khas untuk hesyam!)

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang!. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan

Rabu, Mac 08, 2006

Kejayaan Dunia Akhirat

Oleh Ibnu Yusof

-Ibnu Yusof atau Sheeth Mohd Yusof berpengalaman lebih 20 tahun dalam program pembangunan usahawan. Beliau telah menghasilkan pelbagai buku berkaitan keusahawanan dan motivasi sejak tahun 80an lagi. Antara yang ternama adalah buku bertajuk "Permata Yang Hilang". Ibnu Yusuf adalah salah seorang fasilitator aku semasa aku menyertai latihan pembangunan usahawan tahun 2003 di Johor Bahru. Sayangnya sekarang beliau jarang mengemaskini blognya.-shahizam

Kerjaya keusahawanan adalah kerjaya yang secara komparatifnya baru bagi Bumiputera Muslim di Malaysia sejak era penjajahan Portugis, Jepun dan Inggeris. Sebenarnya sebelum penjajah datang ke Nusantara, orang-orang Melayu adalah pedagang yang handal dengan sejarah keusahawanan yang gemilang. Pada masa dahulu Melaka merupakan salah satu pusat perdagangan terkenal dan bertaraf dunia.

Penjajah telah menjalankan strategi 'pecah dan perintah'. Mereka telah memberi peluang kepada orang-orang Melayu untuk bekerja dengan kerajaan kerana tahu bahawa orang-orang Melayu setia kepada tuannya. Ketika itu kerjaya orang-orang Melayu berubah dari petani kepada makan gaji dan secara umumnya ianya berterusan hingga ke hari ini.

Kesan perubahan kerjaya ini agak ketara di mana anak-anak muda kurang berminat untuk mengusahakan sawah ladang, mengakibatkan banyak tanah terbiar akibat penghijrahan besar-besaran ke kota.

Kadar kelahiran Melayu adalah lebih tinggi berbanding Cina dan India di Malaysia. Hari demi hari peluang pekerjaan di sektor awam semakin berkurangan, dan semakin ramailah orang-orang Melayu bekerja di sektor swasta dan terdedah pula dengan budaya niaga.

Berbekalkan pengalaman bekerja di sektor awam dan swasta serta menyedari wujudnya banyak peluang-peluang perniagaan sebahagian orang-orang Melayu telah berhenti dari makan gaji dan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Biasanya di kalangan mereka ini suami berniaga dan isteri masih makan gaji. Ini seolah-olah merupakan proses transisi bagi orang-orang Melayu ke arah membentuk keluarga usahawan sepenuhnya. Ramai Bumiputera berniaga setelah tragedi 13 Mei 1969 berpunca dari kesedaran diri serta galakan kerajaan.

Dalam proses ini, banyaklah berlaku salah faham dan silap faham berkaitan dunia keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu. Pada awalnya dulu tentulah tekad untuk menjadi usahawan kurang mendapat sokongan keluarga kerana dianggap pendapatan tidak tetap dan risiko perniagaan adalah tinggi. Tapi kini nampaknya kerjaya keusahawanan telah mula difahami dan mula mendapat sokongan dan pengiktirafan.

Oleh kerana kurangnya sumber rujukan di kalangan orang-orang Melayu sendiri berkaitan dunia keusahawanan, ramai usahawan Melayu berniaga berpandukan budaya niaga sekular. Tidaklah menghairankan jika ramai orang Melayu sendiri menganggap bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya menjadi usahawan atau menjadi kaya sedangkan tanggapan itu adalah salah. Akibatnya ramailah yang telah berniaga mengikut cara sekular, menipu, mungkir janji dan sebagainya lagi sedangkan dalam Islam telah ada panduan yang jelas mengenai apa yang patut dilakukan atau sebaliknya.

Sebenarnya kita harus faham bahawa menjadi usahawan adalah satu kerjaya mulia. Ia adalah untuk memperoleh kejayaan dunia akhirat. Kerana itu sepatutnya kita semua menjalankan perniagaan menurut suruhan Islam untuk mencapai matlamat ini. InsyaAllah.

Sabtu, Mac 04, 2006

Marah kerana cinta, bukan kerana benci

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita..."
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang- barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta... "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?" "Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya..."
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulahorang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan... bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Fakta kenaikan harga minyak

harga minyak sepanjang zaman..
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Alasan umum tentang kenaikan harga minyak
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Jumaat, Mac 03, 2006


Depan Ilham


Rumah api tanjung tuan
======================
Minggu lepas aku ader bengkel SKIT-MARA-UTM di Ilham resort di Tanjung Tuan, Port Dikson.Kat atas bukit tanjung tuan ni ader lah rumah api dan kawasan hutan simpan milik kerajaan negeri melaka. So pada sebelah petang after bengkel aku dan abg din pun panjatlah. Letih gak mendaki hampir 1km. Sampai di atas rupanya geng2 lecturer utm dah sampai kat atas. Kebetulan nasib kami baik penjaga rumah api ni bagi kebenaran untuk masuk di kawasan rumah api ni.

Rumah api tanjung tuan, PD

Geng lecturer UTM


Bangunan rumah api ni dibina Inggersis dalam tahun 1815 untuk memandu kapal di selat melaka. Sekarang selain menempatkan rumah api, mereka turut memasang radar bertujuan untuk berkomunikasi dengan kapal-kapal yang melalui selat melaka contohnya ketika berlaku kecemasan seperti karam,kebakaran dan lanun.

kawasan pusar dihujung pucuk kelapa ni

Kawasan air pusar tanjung tuan
------------------------------------------
kawasan ini adalah kawasan yang ditakuti oleh sampan dan bot kecil kerana terdapat pusaran air. Anda boleh tengok kawasan di tengah gambar di atas yang mana arah arusnya tidak sekata.

Pernah terjadi 5 orang komando ATM karam ketika memancing dengan bot dalam kawasan ini. Ader yang berkata yang mereka ini bercakap besar, lalu 2 org daripada mereka lemas. Ketika aktiviti menyelamat dilakukan ATM memanggil beberapa diver untuk menyelam di kawasan tragedi. Menurut salah seorang penyelam, semasa selaman dia ternampak seketul batu besar sedang berpusing mengikut arus air. Ini menunjukkan betapa kuat pusaran air di bawah itu.

Terdapat juga arus tengah. Arus ini merentangi dari selangor hingga melaka. Kebanyakkan sampah sarap dan kayu balak yang hanyut bergerak mengikut arah arus ini.Petua untuk mencari mayat yang lemas ditanjung tuan, Jika lemas ketika air pasang, mayat biasanya dijumpai di kuala melaka. Jika lemas ketika air surut mayat biasanya dijumpai di Sepang!


Dari kiri: Dr Hassan, Dr Safaai Deris dan penulis

Shahizam Ibrahim

Edisi Perniagaan Internet Peluang perniagaan Internet- Malaysia ke seDunia

Oleh: Irfan Khair
==================================================== http://www.rahsiainternet.com'
====================================================

Ijam Hensem, walaupun sering kita dengar berita kegagalansyarikat-syarikat di Internet, tetapi tidak dapat dinafikan bahawakejayaan dan keuntungan yang disalurkan di Internet juga amatmenggalakkan. Berbagai-bagai syarikat memulakan perniagaan diInternet. Sebilangan mencapai keuntungan yang cemerlang, manakalaselebihnya tidak berjaya.
Berjuta-juta dollar juga telah dilaburkan pada perniagaan Internet.Ada yang meningkat maju seperti Amazon.com dan Dell.com yangberjaya mengaut keuntungan yang lumayan dan menjadikan pengasasnyabilionair. Ada juga yang rebah seperti Boo.com dan Go.com di manaberjuta-juta wang pelaburan lesap entah di mana.
Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untukperniagaan Internet secara keseluruhan :
* Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.
* Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalahsebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesarbertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
* Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaanInternet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, iamenunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadaryang amat pantas.
* Internet World Stats mencatatkan terdapat 332.6 juta penggunaInternet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet diEropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 jutapengguna) pada Sisember 2005.
Jelas dilihat dari statistik di atas bahawa Internet membukapeluang perniagaan yang menarik dan mencabar. Tidak dapat dinafikanlagi yang Internet akan berkembang dengan pesatnya pada tahun-tahunyang akan datang. Perkembangan Internet ini akan mengubah carabelian dan jualan di seluruh dunia.
Perkembangan Internet di Malaysia juga berkembang dengan pesatkerana negara sedar yang Internet sebagai sumber maklumat danperniagaan yang penting. Kementerian Tenaga, Komunikasi danMultimedia telah memperuntukkan berbilion untuk mengembangkanIndustri komunikasi dan teknologi di Malaysia pada tahun lepas. Initidak termasuk peruntukan dari pihak swasta!
Pendek kata jika anda mempunyai perniagaan, sekarang adalah masanyauntuk anda mencabangkan perniagaan anda ke Internet sebelum pesainganda merebut pasaran ini!
Ijam Hensem, mungkin dengan membaca statistik di atas, anda akanmenganggap itu semua hanya berguna kepada syarikat-syarikat besar,syarikat antarabangsa atau syarikat yang mempunyai ratusan pekerjadan bermodal jutaan ringgit. Tidak semestinya. Berikut adalahkelebihan yang dapat diberikan melalui perniagaan di Internet.
* Modal permulaan perniagaan yang agak rendah! Syarikat anda tidakperlu bermodalkan berjuta-juta ringgit untuk membuat perniagaan ditahap antarabangsa.
* Internet tidak mempunyai sempadan untuk berniaga barangan atauperkhidmatan anda. Anda di Malaysia boleh menjual kain batik kepadapelanggan di Zimbabwe!
* Kos pemasaran yang rendah serta percuma yang merangkumi pasaranyang luas. Bayangkan dengan menggunakan email sahaja, anda dapatmenghubungi pelanggan anda di benua yang lain pada kos yang minima.Sebelum Internet, cara menghubungi pelanggan di benua yang lainadalah melalui telefon- di mana kosnya adalah amat tinggi.
* Mudah untuk dijalankan secara automatik. Anda boleh membinaperniagaan di Internet dan automasikan sebahagian besar dariaktiviti perniagaan tersebut. Dengan ini, anda dapat membebaskanmasa anda dari melakukan perkara rutin kepada perkara-perkara yanglebih menguntungkan. Automasi boleh dilakukan dengan menggunakanperisian-perisian komputer tertentu. Sebagai contoh, prosespengambilan pesanan dan penyaluran pembayaran dilakukan tanpacampur tangan pemilik perniagaan.
* Kos pekerja dan operasi yang amat rendah! Dengan menggunakanprogram di Internet dan perisian komputer, anda dapat mengurangkanjumlah pekerja (atau tiada pekerja langsung!).
* Pelanggan serata dunia. Tidak kira di mana anda dan pelanggananda berada, Internet membolehkan proses jual beli dilakukan.Pengguna Internet di dunia pada 2005 adalah lebih dari 1 bilionpengguna!
* Mudah dan murah untuk mencuba pasaran anda dan mengurangkan kadarrisiko kos perniagaan baru. Sebuah perniagaan kecil di Internetdapat dimulakan pada kos serendah RM500. Ini amat berbeza denganperniagaan bukan Internet yang kebiasaannya memerlukan modal yanglebih besar, namun pasaran adalah terhad kepada kawasanpersekitaran.
*Pantas mendapatkan pulangan. Anda boleh menjual produk baru hariini, dan mengaut keuntungan dalam beberapa jam sahaja dengan carapromosi yang berkesan.
* Mudah dan pantas untuk mendapat maklumbalas pengguna dan membuatkajian pasaran.
* Internet bukan sahaja dapat memberi keuntungan untuk perniagaanantarabangsa. Perniagaan tempatan juga dapat mengaut keuntungandengan cara menarik pelanggan tempatan.
Secara amnya, anda tidak akan dapat media yang memberi peluang yangmemerlukan modal kecil dan liputan yang besar. Jikalau anda sediamempunyai perniagaan atau mempunyai kepakaran, yang boleh diubahmenjadi perniagaan, Internet boleh menjadi salah satu cabang untukperniagaan anda.

Ahad, Februari 26, 2006

NewsLetter dari Irfan










Oleh: Irfan Khairi
====================================================
http://www.rahsiainternet.com
====================================================

Salam sejahtera Ijam Hensem,

Bertemu kembali kita di NewsLetter RahsiaInternet. Pesanan ringkas,
NewsLetter RahsiaInternet bukan sahaja menceritakan perihal
perniagaan di Interent (Edisi Perniagaan Internet). Saya harap
Newsletter ini turut menjadi media pembangunan diri dan inspirasi
kepada pembaca dengan rencana-rencana pembangunan diri yang
disertakan (Edisi Pembangunan Diri). Edisi Perniagaan Internet dan
Edisi Pembangunan diri akan diselang-selikan setiap 2 minggu.

Ijam Hensem, semalam merupakan hari yang amat menarik buat saya.
Saya dijemput sebagai tetamu undangan di rancangan TV baru
(talk-show) yang dikendalikan oleh Chef Wan (bukan rancangan
memasak!) di NTV7 yang dipanggil "Usik-Usik bersama Chef Wan".
Tajuk yang diperbincangkan adalah "Kejayaan Anak Melayu".

Tiga tetamu yang dijemput selain diri saya termasuk, Penyanyi #1
Malaysia, Siti Nurhaliza serta pengasas perniagaan barangan
kosmetik dan kesihatan De'Nevechee. Kejayaan yang dicapai oleh
dua wanita ini amat cemerlang dan membanggakan!

Amat berterima kasih dan berbesar hati kepada pihak penganjur yang
menemukan saya dan dapat bertukar fikiran bersama 3 insan berjaya
(termasuk Chef Wan) yang AMAT ISTEMEWA. Walaupun mereka adalah
jutawan yang berjaya dan ternama, ketiga-tiga masih saling
menghormati, berbudi bahasa dan merendah diri. Satu inspirasi
kepada diri saya sendiri!

Daripada perbincangan, mendapati keempat-empat kami walaupun dalam
industri berbeza; Hiburan, Masakan, Keusahawanan serta saya sendiri
Perniagaan Internet, namun tetap mempunyai satu persamaan.

Persamaan tersebut adalah, kami bermula dari bawah- iaitu bermula
dari "zero". Siti Nurhaliza menceritakan betapa pada zaman mudanya
beliau menjual kuih-kuih untuk mendapat pendapatan sampingan. Chef
Wan juga turut menjaja karipap dan diri saya sendiri- pernah
menjadi tukang cuci sebelum memulakan perniagaan Internet.

Satu ketika dahulu, saya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci
(cleaner) di supermarket. Ketika itu saya masih belajar dan bekerja
untuk kumpul wang membeli buku serta menghadiri seminar perihal
kejayaan. Sejak remaja lagi topik kejayaan menjadi minat saya.

Satu persoalan yang sering bermain difikiran saya adalah bagaimana
sering dalam kisah kejayaan dan kekayaan, individu yang mencapai
tahap jutawan adalah mereka pada asalnya berada dalam keadaan
kemiskinan. Dari zero, menjadi hero!

Idola saya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berasal dari keadaan
yang serba kekurangan. Rumah kayunya ketika beliau membesar tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Kini, beliau menjadi usahawan
Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencapai
angka bilion!

Kisah kejayaan sebegitu memang tidak asing. Daripada keadaan serba
kekurangan, menjadi kisah kejayaan. Jika kisah sebegini hanya
terjadi pada seorang atau dua individu, kita boleh katakan ianya
nasib. Sekiranya kisah sebegini terjadi pada berpuluh-puluh atau
beratus individu, kita boleh katakan ianya secara kebetulan sahaja.

Akan tetapi, kisah kejayaan sebegini terjadi pada berjuta-juta
manusia di dunia dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai
latar belakang. Daripada kancah kemiskinan, dengan usaha
tersendiri, menjadi bebas kewangan. Sekiranya ianya bukan lagi
kisah asing, maka, anda juga boleh melakukannya!

Sekiranya dari zero menjadi hero boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja, persoalannya, mengapa masih ramai lagi yang mengalami
masalah kewangan? Terdapat 3 sebab utama mengapa masalah kewangan
masih lagi melanda segenap masyarakat.

Pertama sekali, adalah mereka tidak mengambil keputusan untuk
menjadi bebas kewangan.

Ya, sudah tentu, semua orang mengharapkan kekayaan serta mendoakan
kekayaan. Namun, mereka tidak mengambil keputusan yang jitu untuk
berusaha dan mencapai kejayaan kewangan.

Kedua, walaupun ada yang mengambil keputusan untuk mencapai bebas
kewangan, mereka menangguh-nangguhkan langkah untuk mencapai
kekayaan sehingga ianya terlewat. Setiap penangguhan tersebut
disambut dengan pelbagai alasan. Kata pakar motivasi Dato' Dr.
Fadzilah Kamsah: "Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Sebab ketiga mengapa masalah kewangan masih melanda adalah sikap
takut akan kegagalan. Oleh sebab takut gagal, seseorang itu tidak
meletakkan usaha yang lebih untuk mencapai sesuatu. Akibat takut
kepada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Dikatakan bahawa, musuh utama mencapai kejayaan adalah takut kepada
kegagalan - dan bukannya kegagalan sendiri! Kegagalan akan mengajar
kita cara untuk berjaya. Tetapi takut kepada kegagalan akan
menghalang kita dari mengambil langkah pertama.


====================================================

Kunci Kekayaan - Dari zero menjadi hero!

====================================================

Jumaat, Februari 24, 2006

Sekali aku teringat laa


Aku lahir dalam tahun 1981. So aku nak kongsi pengalaman aku dari aku lahir sampai la sekarang ni.Tanda-tanda ko dan aku bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton polis angkasa Gaban,kesatria baja hitam, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, ultraman taro, gaiya, keluarga ultraman, dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...-program gosok gigi secara berjemaah pakai ubat gigi colgate. Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.masing-masing ader kad dental record kale hijau. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Itu tak kita misi datang inject kt sekolah. BCG la tetanis la aper la. Aku siap kena tipu ngan kawan aku yg kata doktor inject pakai laser. cheh...

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 20 sen jek beb...pastu naik 30sen 40sen dan 50sen. Aku pernah cikgu suruh jaja susu ni satu sekolah. Duit short 20 sen plak tu.

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.pukul tapak tangan...kan?

semangkuk nasi lemak, mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.Air srap 10 sen

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo, North Star atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stokingtebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. aku salah sorang darinya he he he

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...bosan2 cikgui suruh angkut tanah untuk tambak lopak2 kt padang - kerahan tenaga yang murah, sekolah takyah upah buruh indon dah

permainan kegemaran,layang2, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.Diorg hanya tahu hanya america jer super power kt dunia ni.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.diorang tak tahu ader floppy yang lagi besar dari disket.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Budak2 skrg dah tak main guli, layang2, galah panjang etc. Diorg hanya tahu play station dan X-box

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' 'Akantare' 'Summersolve Berpusing'dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan? Alhamdulillah tuhan masih panjangkn usia kita untuk kita kenang semua ini

Cheers to the 80s babies!!!

Khamis, Februari 23, 2006

Bermulanya sebuah kisah yang agak klasik

Shahizam namanya..... orgnya tak berapa hensem. Cuma berharap dapat berkomgsi cerita dan pengalaman dalam mengharungi perjalanan untuk menjadi usahawan. Bukan sebarang usahawan, tetapi usahawan yang betul2 mukmin dimana agama dijunjung sementara dunia dikendong. Agar dengan izin Allah antara duanya tiada yang keciciran...